Nota Presiden Presiden Alumni UMP 2018/2020
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.
Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana atas rahmat dan
berkat dariNya, kita telah bersama-sama mengharungi perjalanan jatuh bangun
alumni UMP.
Kini, alumni UMP sudah semakin besar dan semakin dikenali sehingga ke peringkat
antarabangsa. Kewujudannya semakin dirasai oleh warga UMP. Penubuhan
PERSATUAN ALUMNI GRADUAN UMP (Alumni UMP) pada hari ini juga begitu
agresif dan proaktif dalam memainkan peranannya dan menganjurkan aktiviti bagi
memenuhi visi dan misi. Saya cukup bersyukur kerana alumni dan pihak pentadbiran
UMP sentiasa memberikan sokongan padu kepada Ahli Majlis Tertinggi Alumni UMP
dalam mengelola dan memacu hala tuju persatuan hingga ke tahap ini. Ini jelas
menunjukkan sense of belonging yang tinggi dalam kalangan alumni disamping
kekuatan ikatan ukhuwah antara semua alumni.
Kejayaan para alumni dalam dalam pelbagai aspek di dalam bidang industri,
akademik mahupun perniagaan amat membanggakan. Saya ingin menyeru dan
mengalu-alukan para alumni untuk berkongsi kepakaran mereka sama ada secara
professional atau sokongan peribadi kepada Alma Mater. Kami di Alumni UMP juga
mengalu-alukan semua graduan baru ke dalam keluarga Alumni UMP kerana kami
percaya mereka adalah masa depan Alumni UMP. Dengan setiap ahli baru dalam
Alumni UMP, rangkaian keluarga Alumni UMP akan bercambah dan menjadi
bertambah kuat dan kukuh.
Saya percaya dengan komitmen dan kerjasama daripada semua alumni, Alumni
UMP akan terus mengorak langkah, maju ke depan seiring evolusi kemajuan UMP.
Semoga Alumni UMP dapat terus memberikan sumbangan yang signifikan terhadap
pembangunan generasi baru UMP dan masyarakat pada masa akan datang.
SYED MOHAMAD HAMZAH AL-JUNID SYED ABDUL RAHMAN
PRESIDEN
PERSATUAN ALUMNI GRADUAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2018/2020
Majlis Tertinggi Persatuan Alumni UMP 2019
Visi & Misi
Visi
Menjadi sebuah persatuan yang memangkin hubungan antara Alumni dan Alma Mater
Misi
Mewujudkan platform perkongsian serta memperkasakan antara Alumni dan Alma Mater
Alumni UMP